Muhammad Hafizuddeain menerima sijil pemasyhuran sebagai ahli ke-300 Dewan Kemasyhuran Antarabangsa (IHOF) Kolej Komando Tentera dan Kakitangan Am Amerika Syarikat (USACGSC) di Fort Leavenworth, Kansas, Amerika Syarikat semalam.

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 Dewan Kemasyhuran Antarabangsa (IHOF) Kolej Komando Tentera dan Kakitangan Am Amerika Syarikat (USACGSC) di Fort Leavenworth, Kansas, Amerika Syarikat semalam.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat berkata,  penganugerahan yang diterima Muhammad Hafizuddeain itu merupakan satu pencapaian sangat membanggakan kerana beliau merupakan rakyat Malaysia ketiga dalam lipatan sejarah yang dimasyhurkan untuk menerimanya.

“(Beliau merupakan) sebagai ahli IHOF USAGCSC selepas Jeneral Tan Sri Md Hashim Hussein (B) (PTD Ke-18) dan Jeneral Tan Sri Mohd Shahrom Nordin (B) (PTD Ke-19).

“Jeneral Tan Sri Datuk Wira Muhammad Hafizuddeain merupakan alumni USACGSG pada tahun 2001,” demikian menurut kenyataan itu.

Turut hadir pada sesi pemasyuharan itu Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Puan Sri Hartiah Hamzah.

“Seluruh warga Tentera Darat Malaysia turut berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan di atas pencapaian tersebut,” katanya. – MalaysaiGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here