Muhammad Sha’ani Abdullah

KUANTAN – Kerajaan disaran untuk untuk mengkaji semula fungsi pemberian subsidi dan lebih wajar untuk menghapuskannya secara berperingkat kerana ia tidak menguntungkan golongan sasar.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia, Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, sedar atau tidak sudah puluhan tahun kerajaan telah mengeluarkan belanja yang besar untuk inisiatif yang dilihat hanya menghidupkan ekonomi bawah tanah.

Jelasnya pemberian subsidi sebenarnya tidak menguntungkan kepada golongan sasar sebaliknya mengkayakan pihak berkepentingan seperti peniaga yang menggunakan barang bersubsidi secara pukal.

Malahan beliau menganggap pengagihan subsidi tidak adil dan seharusnya bajet tersebut difokuskan secara terus kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

”Satu bulan kita guna tepung berapa kilo? Sebenarnya subsidi berapa sen sahaja untuk kepada setiap isi rumah. Selebihnya kepada pihak lain. Fikirlah pemberian itu asalnya hanya kegunaan isi rumah sahaja tetapi bila dah ada bila di pasaran pihak lain pun guna.

”Undang-undang kata untuk kegunaan isi rumah tapi bila barang subsidi ada dalam pasaran adakah boleh tanya untuk kegunaan isu rumah atau peniaga? Jadi semua orang guna subsidi termasuk kilang buat kek pun dapat, aktiviti eksport pun guna susbsidi.

”Apa guna subsidi? Nak tolong orang miskin sebab terbeban, setakat sekilo tak guna juga, malah ratusan juta ditanggung kerajaan untuk barangan ini tapi yang untung besar kepada mereka yang guna banyak,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Jelas Sha’ani sudah tiba masanya kerajaan berani menghapuskan subsidi dan hendaklah dilakukan secara berperingkat selain mendidik pengguna menjalankan tanggungjawab dengan bijak.
Malahan isu penarikan subsidi katanya tidak perlu menjadi isu yang besar jika semua pihak memahami asas ekonomi.

Beliau sekali gus meyokong kerajaan melakanakan rasionalisasi subsidi secara berfasa dan mengenalpasti bagi mewujudkan bantuan kepada pengguna miskin berbanding kepada semua pihak yang mengambil kesempatan.

Tambahnya jika penghapuskan subsidi secara terus adalah tidak wajar kerana itu akan dijadikan satu alasan oleh peniaga kedai makan untuk terus menaikkan harga dan menekan pengguna.

”Bila saya belajar ekonomi, kawalan harga subsidi hanya untuk tempoh pendek sahaja, tempoh panjang ini ada boleh ambil kesempatan dan jual ke luar negara. Contoh isi minyak dari dalam negara ke luar dari Padang Besar ke Siam dan masuk balik ke Malaysia semi isi semula petrol sebab ada subsidi.

”Subsidi hanya mewujudkan ekonomi bawah tanah yang membebankan kerajaan yang sepatutnya dana digunakan bantu untuk yang layak sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta reaksi berhubung cadangan penarikan subsidi telur.

Terdahulu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C sekiranya bekaľan itu kembali pulih dan stabil.

Langkah menamatkan subsidi berkenaan wajar dipertimbangkan berdasarkan kejayaan penamatan subsidi ayam yang memberi penjimatan RM100 juta sebulan, kata menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu pada 9 Oktober lalu. – MalaysaiGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here