Kotak suis di sebuah rumah di tingkat 14 pangsapuri dekat Damansara yang terbakar.

KUALA LUMPUR – Kotak suis sebuah unit pangsapuri di tingkat 14 dekat  Damasansara terbakar pagi tadi menyebabkan seorang wanita meninggal dunia.

Dua lagi mangsa masing-masing berusia 24 dan29 tahun berjaya diselamatkan.

Mangsa ditemui meninggal dunia di dalam bilik air ketika kebakaran berlaku.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.39 pagi tadi.

Pegawai perubatan mengesahkan punca kematian mangsa berusia 31 tahun itu  disebabkan lemas akibat hidu asap kebakaran.

Manakala dua mangsa yang cedera, seorang lelaki dan wanita  telah diserahkan kepada pegawai perubatan untuk rawatan lanjut.-  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast