Cabaran Lompat Tali membantu mempromosikan gaya hidup yang aktif dan sihat.

KUALA LUMPUR – Pengeluar minuman probiotik, Yakult Malaysia dengan kerjasama Persatuan Lompat Tali Malaysia menaja acara Cabaran Lompat Tali sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Putrajaya semalam.

Program ini telah dilangsungkan di di Dewan Melati itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan bersukan dan menggalakan komuniti untuk aktif bersukan demi kesihatan badan.

Pengurus Kanan Yakult Malaysia, Lim Siew Ling berkata, program Cabaran Lompat Tali ini adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu perubatan pencegahan di mana konsep pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati dan penjagaan kesihatan usus yang baik akan dapat menjamin kesihatan yang berpanjangan

“Yakult sangat menyokong segala program dan aktiviti yang dapat meningkatkan fungsi usus yang baik seperti bermain lompat tali ini dapat meningkatkan kesihatan fizikal dengan memperbaiki peredaran darah, melancarkan fungsi usus, serta menguatkan koordinasi badan dan keseimbangan.

“Bagi memeriahkan suasana Hari Sukan Negara ini, kami menyediakan sampel produk kepada peserta dan penonton, sambil menekankan manfaat pengambilan Yakult.

“Selain itu, kami dengan bangga menaja piala pusingan untuk semua pemenang teratas dalam setiap kategori serta menyediakan beg cenderahati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Piala pusingan diberikan kepada semua pemenang teratas dalam setiap kategori.

Siew Ling menambah, melalui kerjasama dengan penganjur acara, pihaknya turut membantu mempromosikan gaya hidup yang aktif dan sihat.

Kata beliau, matlamat Yakut adalah untuk melibatkan orang ramai dalam aktiviti kecergasan yang menyeronokkan sambil menekankan kepentingan penjagaan usus melalui pengambilan Yakult secara berterusan.

“Pada tahun hadapan, Yakult berhasrat untuk terus menyokong inisiatif sukan dan kesejahteraan dengan menganjurkan lebih banyak aktiviti kecergasan berasaskan komuniti.

“Kami akan meneruskan program Misi Sihat Yakult di sekolah dengan memberi tumpuan kepada aktiviti Lompat Tali.

“Selain itu, Yakult merancang untuk meningkatkan penyertaan dalam acara kebangsaan seperti Hari Sukan Negara dan memperluaskan penglibatan dalam program sukan bagi mempromosikan kepentingan kesihatan usus dan kecergasan untuk semua peringkat umur“

Pada acara yang berlangsung semalam, seramai 500 orang peserta telah menyertai bengkel ini serta cabaran lompat tali yang dibahagikan kepada beberapa kategori yang berbeza. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast