KUALA LUMPUR – Bekas menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memenangi trofi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) menganggap industri seni sebagai tempat persinggahan sebelum beliau kembali kepada dunia politik.
Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tidak pasti berapa lama akan ‘dibuang’ daripada dunia asal itu kerana dunia hiburan bukan dunianya.
Namun penyampai radio Hot FM itu berkata, dunia hiburan yang agak asing itu kini menawarkan tempat untuk dirinya berteduh seketika.
Lebih setahun bertugas di stesen radio popular itu, Khairy atau mesra disapa KJ mempunyai aura tersendiri untuk membuat pendengar terhibur dengan celotehnya yang bersahaja.
Karisma sebagai bekas pemimpin juga terserlah terutama ketika membicarakan topik serius menerusi slot kendaliannya.
Sementara itu, suara Khairy buat kali pertama berkumandang di stesen radio Hot FM mengendalikan slot Bekpes Hot bersama Johan dan AG pada 15 Februari tahun lalu.
Khairy menyertai Hot FM dalam segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Farah Fauzana pada 9 Februari tahun lalu.
Beliau bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, antara pukul 6 pagi hingga 10 pagi. – MalaysiaGazette
Masuk hiburan sekadar mencari simpati dan mempersenda seteru politik. Meski menang ABPBH, tak semestinya berjaya dalam politik. Teruskan berkarya. Itu pintu rezeki yang Allah pilih untuk kamu.