Suspek dikehendaki, G Visven dengan alamat terakhir di No 0708, Jalan 8, Blok L Lima Kedai, Gelang Pathah, Iskandar Puteri.

KLUANG – Seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan pada bahagian tubuh badan di Taman Desa Harmoni, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, orang awam yang melihat kejadian tersebut pada pukul 1 petang memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

“Mangsa kemudiaan dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk rawatan.

“Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (IPD) Kluang dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada pukul 11.22 malam tadi.

“Hasil soal siasat keatas tangkapan telah mendedahkan seorang lagi saspek warga tempatan berusia 40 tahun yang masih bebas,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Kluang, di sini, hari ini.

Menurut Bahrin, semakan ke atas lelaki yang ditahan itu mendapati memiliki sembilan rekod jenayah lampau dan 11 rekod narkotik.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing negatif daripada pengaruh dadah.

Pihaknya sedang memburu suspek yang masih bebas dan meminta orang ramai mengenali atau mengetahui kedudukannya supaya memaklumkan kepada polis.

Suspek terbabit katanya, bernama G Visven berusia 40 tahun dengan Alamat terakhir di No 0708, Jalan 8, Blok L Lima Kedai, Gelang Pathah, Iskandar Puteri.

Orang ramai katanya, boleh menghubungi balai polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat dan tindakan selanjutnya akan diambil.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun.

“Boleh juga dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan,” ujarnya.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here