Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PETANG JAYA – Kerajaan hanya akan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang pendapatan minimum mencecah RM3,000 hingga RM4,000, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ketika ini gaji bulanan minimum di negara ini adalah RM1,500 sambil membayangkan cukai itu boleh dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Beliau bagaimanapun mengakui GST sebagai sistem cekap dan telus dalam usaha membantu mengembangkan tabung kerajaan dengan kutipan hasil yang lebih tinggi.

“Saya bersetuju, GST adalah sistem cukai yang paling telus dan cekap tetapi pandangan saya, beri sedikit masa, beberapa tahun, pastikan bahawa ambang pendapatan meningkat kepada minimum RM3,000 ke RM4,000, barulah kita boleh selaraskan polisi itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustri Cina Malaysia Ke-78 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang Menteri Kewangan berkata, pelaksanaan GST telah menjadi isu berterusan sekian lama sejak tahun 1990an.

Beliau berkata, ketika menjawat jawatan sama, pelaksanaan cukai tidak dipersetujuinya kerana mahu menangani rasuah yang melibatkan berbilion ringgit di mana perlu menjadi keutamaan. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here