Fattah kehabisan idea untuk berkata-kata apabila ditonton 50,000 penonton.

KUALA LUMPUR – Pelakon Fattah Amin mencuri tumpuan netizen apabila muncul pertama kali secara langsung di platform TikTok selepas kisah penceraiannya menjadi bualan sejak 7 Oktober lalu.

Justeru kemunculannya dibanjiri ramai pengikut apabila meraih jumlah ‘suka’ lebih 25 juta selain 50,000 tontonan secara langsung.

Apa yang menarik, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, yang berbual benda positif kehilangan idea sehingga berseloroh terpaksa membiarkan pengikut hanya menatap wajahnya.

Pada masa sama, ramai pengikut yang memberi ‘hadiah’ pada sesi berkenaan walaupun bapa tunggal kepada seorang anak itu mengakui tidak mahir dalam mengendalikan akaun TikTok pertama kali.

“Hendak cakap apa lagi, saya pun tak tahu. Tengoklah muka sahaja.

“Lagi pun semua di sini tak tahu tentang live. Mungkin selepas ini akan panggil team yang betul. Terima kasih kepada semua yang memberi hadiah,” katanya berterus-terang.

Pelakon itu juga memaklumkan dia bakal tampil dengan produk baharu yang akan dijual di platform berkenaan.

Antara hadiah terbesar diterima Fattah sepanjang siaran langsung itu seperti kereta api, topi dan pulau yang mana semua itu boleh digantikan dengan wang tunai.

Pada 7 Oktober lalu, Fattah menjadi tumpuan ramai apabila dia sah bercerai talak satu dengan aktres Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here