Seorang wanita berhadapan detik cemas apabila diacukan parang oleh dua lelaki dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Pintasan Kuantan di sini, awal pagi tadi.
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas diacukan pisau sejurus mengeluarkan wang di mesin ATM di sebuah bank di Senai, di sini.

Video rakaman papan pemuka kereta yang berdurasi 30 saat memaparkan, lelaki tersebut sedang berjalan keluar dari bank ke kereta sebelum disamun lelaki berkenaan yang mengacukan pisau.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, kejadian berlaku pukul 11 malam pada 26 September lalu terhadap mangsa yang merupakan lelaki tempatan berumur 36 tahun.

“Ketika kejadian mangsa selesai mengeluarkan wang dan telah didatangi dua suspek yang tidak dikenali menunggang motosikal.

“Salah seorang suspek telah bertindak mengacukan ke arah mangsa dan merampas dompet milik mangsa. Mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Akibat kejadian tersebut mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1,350. Pihak polis kini giat mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Kes disiasat dibawah Seksyen 392 kanun keseksaan, katanya.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here