KUALA LUMPUR – Upacara pra-pelancaran Regatta Antarabangsa
Belt & Road 2024 (Beihai, China), yang dianjurkan dan dipromosikan oleh Arthur Sports telah berlangsung secara rasmi di Beihai Guanling Bay Marina pada jam 10 pagi.

Acara ini menarik penyertaan daripada 30 pasukan pelayaran bertaraf tinggi dari pelbagai negara termasuklah Malaysia, Croatia, Turkiye, Itali, Perancis, Afrika Selatan, Sepanyol, Vietnam, Singapura dan Hong Kong China.

Hadir sama dalam upacara tersebut ialah Li Li, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Majlis Perbandaran Beihai yang juga merupakan Datuk Bandar Beihai; Li Quanhai, Presiden World Sailing; Wei He, Timbalan Pengarah Biro Sukan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang; Georgia Andreadi, Konsul General Konsulat Greek di Guangzhou; Azlan Abdullah, Pengarah Eksekutif Royal Langkawi Yacht Club di Malaysia; Mai Chengzhu, Timbalan Datuk
Bandar Beihai; Wei Guiru, Ahli Jawatankuasa dan Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Pembangunan Pelancongan Guangxi; Ana Miskulin, Setiausaha Agung Persatuan Croatia bagi Penggalakan Penyatuan Semula China dengan Aman; Levent Ozonur, Pengarah Eksekutif Persekutuan Pelayaran Kebangsaan Turkiye dan pengasas bersama Pusat Pelayaran Bodrum; Ye
Jianhua, Pengerusi Persatuan Pelayaran Guangxi; Li Baiqiang,
Setiausaha Agung Majlis Perbandaran Beihai; dan Li Caineng, Setiausaha Kumpulan Party Leadership dan Pengarah Biro Pelancongan, Kebudayaan dan Sukan Beihai.

Dalam upacara tersebut, Datuk Bandar Beihai, Li Li, menyerahkan bendera kepada ketua pasukan “Beihai” dan mengumumkan
bermulanya regatta secara rasmi. Ucapan turut disampaikan oleh Wei He dan Mai Chengzhu.

Wei He, Timbalan Pengarah Biro Sukan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, menyatakan bahawa regatta ini merupakan acara pelayaran peringkat nasional pertama dalam “Belt and Road Initiative” yang disokong oleh World Sailing, jawatankuasa parti Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, dan pihak kerajaan, serta dihoskan bersama oleh Biro Sukan Guangxi dan Majlis Perbandaran Beihai.

Sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 2019, acara ini telah
berjaya mempromosi pembangunan dan populariti sukan pelayaran secara global di samping mendapat pengiktirafan daripada World Sailing dan negara-negara bertanding.

Regatta ini juga telah memainkan peranan unik dalam menggabungkan strategi Belt & Road, menjalinkan kerjasama antarabangsa, memacu pembangunan “One District, Two Cities, One Park, One Channel”, dan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi marin.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Mai Chengzhu selaku Timbalan Datuk Bandar Beihai, beliau merakamkan ucapan selamat datang kepada semua peserta dan tetamu yang hadir dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata, Beihai yang merupakan pelabuhan purba Laluan Sutera Maritim juga bandar yang penuh sejarah dan budaya, ialah hab penting yang menghubungkan Belt & Road.

Beberapa tahun kebelakangan turut menyaksikan Beihai dengan jayanya menjadi hos sebilangan besar acara sukan air utama.

Hal ini membantu pembangunan Beihai sebagai hab sukan
air di selatan negara China sekali gus menjadi syurga bagi sukan air.

Regatta Antarabangsa Belt & Road 2024, yang dianjurkan bagi tahun ke-6 berturut-turut, ialah sebuah acara besar yang mampu mempererat pertukaran budaya di sepanjang Laluan Sutera Maritim dan mendapat sokongan daripada kerajaan serta institusi sukan di setiap negara yang terlibat dalam Belt & Road.

Di samping itu, Beihai juga berhasrat menjalinkan kerjasama dengan negara mahupun wilayah di sepanjang Belt & Road melalui sukan air, dan menjadikan Regatta Antarabangsa Belt & Road sebagai acara antara wilayah yang gah, seterusnya mewujudkan sebuah komuniti Belt & Road yang lebih erat.

Selepas itu, wakil para peserta dan pengadil melafazkan ikrar
menyatakan kesungguhan mereka untuk bersaing secara adil dan tiada keputusan yang berat sebelah. Datuk Bandar Beihai, Li Li, menyerahkan bendera kepada ketua pasukan “Beihai” dan mengumumkan perasmian perlumbaan.

Para tetamu kehormat turut membunyikan hon secara serentak
sebagai simbolik perasmian Regatta Antarabangsa Belt & Road 2024.

Selain di Beihai, China, acara ini juga bakal dilangsungkan di
Malaysia, Croatia dan Turkiye. Beihai, sebagai lokasi pertama
menampilkan penyertaan daripada ratusan pelayar ternama.

Oleh itu, ini merupakan acara pelayaran peringkat tertinggi dan berskala besar yang memiliki penyertaan teramai di China pada tahun ini.

Regatta ini akan menyajikan visual dan keseronokan luar biasa bagi peminat sukan pelayaran di seluruh dunia.

Tambahan pula, ini menjadi medium penting untuk Beihai mempamerkan kejayaannya sebagai antara bandar pesisir
pantai pertama di China yang lebih terbuka kepada dunia bersempena ulang tahunnya yang e-40.

Acara ini tidak sekadar pertandingan bertaraf tinggi tetapi juga
membawakan pengalaman “race + travel” melalui pelbagai aktiviti sampingan yang disediakan kepada para peserta dan pengunjung.

Sepanjang acara berlangsung, pihak penganjur mengadakan Perkampungan Regatta Antarabangsa Belt & Road yang merangkumi ruang jualan, ruang makanan serta riadah, ruang interaksi terbuka, dan ruang pameran awam, di mana mereka menggabungkan acara sukan dan pelancongan.

Hal ini dapat mempamerkan pemandangan indah Beihai selain tarikan budaya setempat dan kemajuan industri pelancongan sukan di sana.

Para pengunjung yang hadir bukan sahaja dapat menyaksikan pertandingan bertaraf tinggi malah berpeluang menyertai aktiviti menarik di karnival, menikmati makanan tempatan dan merasai sendiri pengalaman kebudayaan yang ditawarkan.

Semestinya ini akan membuka ruang kepada orang awam untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara sukan air seterusnya menarik lebih ramai pengunjung dan meningkatkan pembangunan in dustri sukan air di Beihai. – Malaysiagazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here