Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUALA LUMPURPolis menahan tiga beradik kelmarin bagi membantu siasatan kes empat pelajar sebuah pusat tahfiz, di sini, yang melarikan diri kerana mendakwa mereka menjadi mangsa buli dan dera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Mohd. Razali Mohd. Idrus berkata, tangkapan dilakukan di rumah suspek.

Tambah beliau, suspek pertama berusia 20 tahun yang dihadapkan ke mahkamah semalam dibenarkan ditahan reman selama sehari.

Tambah beliau, suspek kedua dan ketiga, masing-masing berumur 15 dan 13 tahun, tidak direman kerana bawah umur.

“Tiga suspek telah dibebaskan dengan jamin polis pada 12/10/24 jam 7.00 petang setelah keterangan mereka dirakamkan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, empat pelajar tahfiz yang ditemui selamat selepas hilang sejak 8 Oktober lalu mempunyai kesan kecederaan pada tubuh disyaki akibat didera, selain didakwa menjadi mangsa seksual.

Rusdi berkata, pelajar berkenaan turut dikatakan melarikan diri dari pusat tahfiz berkenaan kerana tidak tahan menjadi mangsa buli dan hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kecederaan. yang mungkin ketika mereka berada di pusat tahfiz itu.

Menurut Mohd. Razali, siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mendapatkan keterangan daripada doktor perubatan. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here