Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustri Cina Malaysia Ke-78 di sini hari ini.

PETALING JAYA – Pengecualian cukai ke atas Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) sebanyak RM83 juta kerana institusi pengajian tinggi di bawah Yayasan UTAR itu memerlukan masa untuk memisahkan antara cabang urusan syarikat perniagaan komersil dan pendidikannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesah keputusan kerajaan itu berkata, tindakan dibuat atas dasar pendidikan bagi anak rakyat miskin tanpa mengira kaum di negara ini kerana operasi Yayasan UTAR bukan berasaskan keuntungan.

Menurut beliau, pengecualian cukai untuk membangunkan fakulti oleh yayasan itu untuk golongan miskin tidak menjadi masalah dan tidak wajar dijadikan isu politik.

“Soal cukai, pengecualian cukai bagi UTAR, betul itu universiti Cina Malaysia. Apa dasar kita? Semua usaha atau yayasan untuk pendidikan bukan untuk keuntungan kita kecualikan.

“Mengapa lewat diambil tindakan ke atas UTAR kerana yayasan itu belum pecah lagi di antara urusan syarikat perniagaan komersil dan pendidikan. Jadi saya cadang dipisahkan, tetapi kalau untuk bangunkan fakulti dan bagi pelajar miskin belajar dan untuk kecualikan tuisyen, kita kecualikan cukai.

“Bagi saya tidak ada masalah, cuma kita umumkan kerana kelewatan luluskan kerana Yayasan UTAR belum pecahkan jadi baru-baru ini mereka beritahu, berikan mereka setahun untuk untuk pecahkan tetapi sementara itu, tolonglah beri pengecualian (cukai) semua kelulusan untuk pendidikan dan untuk anak-anak miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustri Cina Malaysia Ke-78, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan laporan media baru-baru ini yang  memetik sumber yang menyatakan tunggakan cukai dan denda berjumlah RM83 juta yang dituntu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas UTAR akan dihapus kira.

Menurut laporan itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke ketika ditanya berkenaan perkara itu berkata, Anwar yang juga Menteri Kewangan telah mengarahkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican untuk menghantar surat kepada Yayasan Pendidikan Utar (Utaref) untuk memaklumkan perkara itu.

Loke berkata, surat itu akan dihantar tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, beliau cukup prihatin apabila terdapat isu yang melibatkan anak orang miskin tidak kira sama ada Melayu, Cina, India atau Sabah dan Sarawak.

“Dah anak miskin tolonglah, kalau anak Cina di UTAR dan semua anak miskin kita beri biasiswa dan bantuan, itu hanya Melayu, kalau Cina dia miskin tak apa biarkan dia miskin. Ini tidak boleh pemikiran macam itu.

“Saya tahu akan jadi isu, dia kampung apa mereka sebut tengok Anwar dia ikut DAP, dan Cina yang kaya RM83 juta tidak payah cukai, Melayu yang ada syarikat kecil kena bayar cukai,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here