KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua agar sentiasa berwaspada dan mengambil tahu perkembangan semasa.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, sehingga jam 6 pagi tadi, Pahang menjadi antara negeri terbaru yang terjejas akibat banjir.

“Pastikan anda mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga. Utamakan keselamatan dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan jika berlaku sebarang kecemasan.

“Sebarang maklumat terkini mengenai kejadian bencana di seluruh negara boleh didapati melalui portal rasmi Nadma,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bilangan mangsa banjir di daerah Temerloh meningkat kepada 98 individu daripada 25 keluarga yang berlindung di empat PPS setakat 7.30 pagi berbanding 66 mangsa banjir daripada 18 keluarga yang ditempatkan di dua PPS semalam.

Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sekolah Kebangsaan Lanchang dan Balairaya Mempateh masing-masing kekal menempatkan 36 dan 30 mangsa banjir seperti semalam manakala dua PPS yang baharu dibuka Masjid Kampung Bongsu menempatkan 19 individu dan seramai 13 orang dipindahkan ke Dewan Sekolah Menengah Seri Semantan. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here