Dr Zambry bersama mahasiswa UiTM dalam program “In-person with Doc Zam”.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) berbesar hati menerima kunjungan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri  Zambry Abdul Kadir dalam sesi “In-person with Doc Zam” di UiTM Shah Alam sempena Minggu Destini Siswa, baru-baru ini.

Semasa sesi interaksi ini, Zambry menyantuni 5,000 mahasiswa yang hadir di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam dan 40,000 mahasiswa dari semua kampus cawangan UiTM secara siaran langsung.

Sesi ini juga turut dihadiri oleh Naib Canselor UiTM, Professor Datuk Dr. Shahrin  Sahib @
Sahibuddin dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Dr.  Mohd Sazili
Sahibi,.

Sesi interaksi ini Doc Zam, berkongsikan mengenai kisah hidup beliau yang berasal dari sebuah keluarga nelayan di Perak namun berkat keazaman dan kesungguhannya, beliau berjaya meneruskan pelajaran ke Amerika Syarikat dan memperoleh segenggam ijazah
doktor falsafah (PhD).

Beliau juga turut berkongsi kepada mahasiswa kesukarannya ketika di usia muda menjadi pemangkin kejayaan beliau dan para mahasiswa juga seharusnya mengambil cabaran dan dugaan sebagai batu loncatan ke arah kejayaan.

Doc Zam berkata, pemikiran dan aura positif sangatlah penting bagi mahasiswa menangani sebarang masalah.

Mengingati Allah SWT dalam semua keadaan amat membantu dalam meningkatkan semangat kerohanian dan membina kekuatan mental untuk mengatasi cabaran yang dihadapi.

Beliau juga turut menggalakkan mahasiswa untuk mengejar cita-cita mereka dengan moto never say die meskipun terdapat halangan atau kekangan seperti kekangan kewangan dan sebagainya kerana “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”

Sepanjang program ini, soalan-soalan daripada mahasiswa UiTM seluruh Malaysia diajukan terus kepada beliau.

Buat julung kalinya, mahasiswa-mahasiswa yang bertanyakan soalan mendapat baju-T yang ditandatangani oleh Doc Zam sebagai cenderamata. Perkara ini menjadi bukti hubungan erat beliau dan para mahasiswa.

Peranan UiTM dalam memperkasakan mahasiswa bumiputera amatlah besar
kepada masyarakat kita.

Doc Zam meyakinkan semua mahasiswa baharu UiTM bahawa universiti ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan institut pengajian tinggi (IPT) yang lain di
Malaysia.

Pencapaian cemerlang UiTM di peringkat antarabangsa serta kolaborasi dengan
nstitusi-institusi antarabangsa sewajarnya menjadi kebanggaan kerana ia  bukti warga UiTM mempunyai kemahiran dan keupayaan yang hebat untuk mencapai kecemerlangan di pentas dunia.

Doc Zam juga turut mengingatkan para mahasiswa bahawa terdapat ramai pemimpin
negara yang merupakan alumni UiTM dan kesemua mahasiswa yang menghadiri
sesi interaksi itu berpotensi untuk menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

Sesi perkongsian bersama Doc Zam sememangnya telah mencapai objektifnya
dalam melahirkan keakraban antara KPT dan mahasiswa.

Mahasiswa baharu UiTM sudah pasti akan mengingati kenangan manis ini.

Kesudian Doc Zam untuk hadir ke UiTM dan melihat sendiri wajah-wajah mahasiswa yang terkesan secara langsung dengan pimpinan beliau akan meyakinkan mahasiswa bahawa mereka ialah permata tidak ternilai kepada negara.

Program-program seperti ini sewajarnya diteruskan lagi pada masa hadapan kerana
menjadi sumber motivasi yang utuh kepada mahasiswa UiTM. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast