Antara peserta yang menyertai latihan Rakan Muda: Skills For Life @ AKBG (Perkhidmatan Kedi Golf) di Kelab Rekreasi dan Golf Penjara Kajang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 14 OKTOBER 2024

KAJANG – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Penjara Malaysia komited untuk memperkasakan program latihan kemahiran golf dalam kalangan belia di penjara seluruh Malaysia.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, menerusi program tersebut ia dapat membantu meningkatkan kompetensi individu serta membuka peluang kepada mereka menceburi bidang pekerjaan dalam sektor industri golf.

“Tiada siapa akan ditinggalkan dalam agenda pembangunan belia di bawah KBS. Saya akan pastikan semua kelompok belia mendapat akses kepada latihan kemahiran dan pembangunan dalam pelbagai aspek,” katanya.

Hannah Yeoh berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Peserta Rakan Muda: Skills For Life @ AKBG (Perkhidmatan Kedi Golf) di Kelab Rekreasi dan Golf Penjara Kajang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 14 OKTOBER 2024

Beliau berkata demikian ketika bercap pada Majlis Ramah Mesra Menteri Belia dan Sukan bersama peserta Program Rakan Muda: Skills For Life@AKBG di Kelab Golf dan Rekreasi Penjara Kajang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Abdul Aziz Abdul Razak dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS, Ramona Mohd Razali.

Mengulas mengenai Program Rakan Muda: Skills For Life@AKBG, Hannah berkata, seramai 20 prospek akan menjalani latihan perkhidmatan kedi selama lima hari bermula 14 hingga 18 Oktober ini.

Katanya, beliau percaya dengan bimbingan tenaga pengajar bertauliah daripada Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) peserta-peserta akan mendapat latihan yang berkualiti.

“Latihan ini sebenarnya sebahagian daripada inisiatif pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di bawah KBS.

“Latihan dibahagikan kepada program latihan kemahiran sepenuh masa dan separuh masa. Pendekatan latihan kemahiran pada ketika ini adalah lebih fleksibel.

“Oleh sebab itu, latihan perkhidmatan kedi ini mampu disertai khususnya kepada prospek-prospek di Penjara Kajang. Kaedah latihan merangkumi teori, amali dan tugas di lapangan,” ujarnya. – MalaysaiGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here