PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam Sungai Kampung Pichong, Kuala Krai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Mazlan Mamat berkata, bilik gerakan polis telah menerima panggilan telefon daripada orang awam pada 12.15 tengah hari tadi memaklumkan terdapat sekujur tubuh terapung di sungai berkenaan.

Beliau berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar pendek berwarna hitam.

“Identiti, bangsa dan umur tidak dapat dipastikan kerana mayat telah mula mereput serta tiada pengenalan diri ditemukan pada mayat itu.

“Mayat berkenaan dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Ismail Petra bagi tujuan bedah siasat dan polis akan melakukan siasatan terperinci berhubung penemuan mayat itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi Balai Polis Kuala Krai atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran. – Bernama

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here