Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar.

KUALA LUMPUR – Pas tidak pernah campur tangan dalam mana-mana urusan dalaman parti termasuk dalam sayap-sayap pemuda yang sedang menjalinkan kerjasama dengan partinya.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, pihaknya juga tidak terlibat dengan mana-mana kempen khusus yang sedang dilakukan oleh parti-parti komponen kerana setiap parti lebih mengetahui pergerakan parti masing-masing.

“Asalkan mana-mana rakan sayap rakan parti politik boleh membawa aspirasi kebersamaan dalam mewujudkan suasana politik matang, prihatin, bersih dan prihatin (tema dalam Perikatan Nasional), Pas boleh bekerjsama dengan semua pihak.

“Pemuda Pas juga tidak terlibat dalam mana-mana kempen khusus yang sedang berjalan dalam rakan-rakan parti komponen kerana setiap parti lebih mengetahui bagaiamana perjalanan pentadbiran mereka.

“…dan saya perlu diberi peringatan untuk tidak menggunakan nama Pas sebagai ‘bahan kempen’ yang boleh mewujudkan polemik yang tidak perlu dalam kerjasama antara parti komponen,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Khairul Nadzir berkata demikian mengulas laporan sebuah portal yang memetik sumber apabila menyatakan kerjasama dan hubungan dengan Pemuda Pas dikatakan menjadi pertimbangan utama perwakilan Parti Pribumi Bersamu Malaysia (Bersatu) dalam memilih ketua baharu sayap itu.

Menurut laporan tersebut, pemimpin sayap itu yang enggan dikenali mendakwa, majoritinya mahu keberkesanan kerjasama dengan Pas pada PRU-15 dan PRN di enam negeri diteruskan untuk menghadapi PRU-16.

Pada dua pilihan raya November 2022 dan Ogos 2023, Pas dan Bersatu menyumbang 74 kerusi untuk Perikatan Nasional (PN) dengan majoritinya di kawasan pengundi Melayu selain merampas pentadbiran Perlis dan mengekalkan pentadbiran Kedah, Kelantan serta Terengganu.

Namun sumber itu mendakwa wujud kebimbangan hubungan mesra antara jentera Pemuda Pas dan Bersatu akan retak jika Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hilman Idham yang didakwa berada dalam kem Ketua Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang pada pemilihan bulan depan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here