Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

SHAH ALAM – Polis membuka kertas siasatan mengenai penipuan pelaburan saham ‘Online Dimensional Investment’ yang melibatkan keruguan berjumlah RM3.465 juta.

Ketua Polis Selangor Komisioner, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil siasatan mendapati modus operandi yang digunakan suspek untuk memperdaya mangsa dalam urusan pelaburan terbabit adalah melalui akaun ‘Pelaburan Saham QFII yang dipanggil L-Trader Max’.

“Suspek didapati melalui akaun itu akan meminta mangsa-mangsa menandatangani perjanjian kontrak atas nama syarikat ‘Dimensional’ dan meyakinkan mangsa bahawa syarikat ini berdaftar dan beroperasi di Singapura,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Hussein, siasatan mendapati perjanjian kontrak itu adalah palsu.

Sehubungan itu, Hussein menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan atas talian dan melalui aplikasi Trader dan sentiasa membuat semakan dan pengesahan tentang kewujudan pelaburan saham tersebut dengan agensi-agensi berkenaan terlebih dahulu.

Orang ramai juga boleh menghubungi mana-mana balai polis atau National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 untuk membuat sebarang pertanyaan, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast