@malaysiagazette

Struktur siling sebuah stesen minyak di Bukit Garam, di Kinabatangan, Sabah dilapor runtuh ketika hujan lebat dan angin kencang, petang tadi. Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.47 petang. Video : Orang Awam #malaysiagazette #silingruntuh #stesenminyak

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

 

KUALA LUMPUR- Struktur siling sebuah stesen minyak di Bukit Garam, di Kinabatangan, Sabah dilapor runtuh ketika hujan lebat dan angin kencang, petang tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.47 petang.

Katanya, kejadian itu menyebabkan enam kenderaan iaitu Toyota Hilux, Isuzu D Max, Proton X70, Exora, Perodua Alza dan Myvi dihempap runtuhan berkenaan.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam insiden tersebut.

Riki Mohan berkata anggota pasukan bomba kemudian membantu mengalihkan runtuhan siling stesen berkenaan ke tempat selamat.

“Pemeriksaan lanjut dijalankan memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi. Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 6.59 petang,” katanya. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here