Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tiada perkhidmatan tren di antara Sri Rampai ke Taman Melati ekoran air bertakung di landasan stesen Sri Rampai ke Wangsa Maju.

Rapid KL berkata, tren dari Putra Height akan berpatah balik di Sri Rampai.

Manakala tren perantara di antara Taman Melati ke Gombak.

Oleh itu, bas perantara akan disediakan tetapi dijangkakan kelewatan kerana banjir kilat.

Penumpang dari Sri Rampai ke Taman Melati disarankan untuk menggunakan mod pengangkutan alternatif lain.

Menurut Rapid KL, para penumpang boleh menaiki perkhidmatan bas perantara percuma yang disediakan di antara Stesen Sri Rampai dan Taman Melati bernombor pendaftaran berikut:

(LRT SRI RAMPAI ⏩ LRT TMN MELATI)
1. PJJ3310
2. W9423Q
(LRT TMN MELATI ⏩ LRT SRI RAMPAI)
1. WVA4166
2. WUW1483

Kekerapan bas adalah setiap 30 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here