Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran hujan lebat dan ribut petir dilaporkan berlaku di semua negeri di Pantai Barat Semenanjung dari Perlis hingga Johor.

Ia membabitkan Perlis, beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda.

Turut berlaku di Bandar Baharu, Pulau Pinang manakala di Perak ialah Kerian, Larut. Matang, Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Amaran tersebut turut dikeluarkan di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang termasuk di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Bagi kawasan Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan, Melaka, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di Johor serta Bintulu, Miri, Sarawak juga dikeluarkan amaran hujan dan ribut,” katanya dalam hantaran X.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here