Seramai 21 murid Tabika KEMAS dilaporkan terperangkap dalam banjir yang memasuki premis itu di Hulu Klang hari ini diselamatkan dan dipindahkan ke kawasan berhampiran. - Tangkap layar tular

KUALA LUMPUR- Dua taman bimbingan kanak-kanak (tabika) yang tular dinaiki air banjir ditutup dua hari bagi tujuan pembersihan.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam kenyataan memaklumkan, Tabika Klang Gate, Gombak dan Tabika KEMAS Jalan Hulu Klang, Batu 8, Ampang ditutup mulai hari ini dan akan dibuka semula pada Khamis untuk sesi pembelajaran.

“Ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan pemulihan premis tabika yang terjejas untuk menjamin keselamatan kanak-kanak dan kakitangan apabila ia dibuka semula.

“Kedua, pembaikan peralatan yang terjejas melalui penilaian kerosakan akibat banjir. Semua keperluan akan dipenuhi supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Ketiga, kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menilai keadaan sistem saliran di sekitar kawasan terbabit dan mengambil langkah-langkah pencegahan, termasuk memperbaiki sistem perparitan bagi mengelakkan kejadian banjir berulang.

“Bagi kawalan penyakit berjangkit, KEMAS mengambil langkah mencegah dan mengawal penyakit berjangkit dengan mendapatkan khidmat nasihat pejabat kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, ia turut mengesahkan tiada kejadian buruk berlaku akibat bencana tersebut.

KEMAS berkata, mereka kini sudah mengambil langkah-langkah keselamatan mengikut prosedur Persediaan Menghadapi Musim Tengkujuh Bagi Tabika dan Taska KEMAS daripada Bencana Alam (Banjir) Pertama. -MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tabika KEMAS banjir, 21 murid berdiri atas meja

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here