Khidmat LRT Laluan Kelana Jaya kembali pulih

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Tren TRansit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang terjejas di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak sebelum ini telah kembali pulih pada jam 3.30 petang tadi.

Rapid Rail Sdn.Bhd berkata, kerja-kerja baik pulih sementara sistem komponen landasan telah selesai dijalankan oleh pasukan kejuruteraan Rapid Rail.

“Pihak operasi telah menjalankan ujian terhadap sistem dan komponen landasan bagi memastikan perkhidmatan laluan ini boleh beroperasi semula mengikut piawaian keselamatan,” kata Rapid Rail dalam satu kenyataan ringkas.

Bagaimanapun katanya, pihak kejuruteraan dan operasi akan terus memantau kestabilan sistem LRT di laluan itu bagi memastikan kelancaran operasi tren.

Rapid Rail turut merakamkan setinggi penghargaan kepada penumpang di atas kesabaran sepanjang gangguan perkhidmatan berlaku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast