Sebuah kereta MItsubishi Triton rosak dihempap pokok tumbang dalam kejadian pagi Selasa di Bulatan UITM Shah Alam. Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Sebuah kenderaan pacuan empat roda mengalami kerosakan selepas dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian hujan lebat berlaku di Shah Alam, Selangor hari ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, bilik Gerakan bencana negeri menerima panggilan kecemasan mengenai insiden pokok tumbang sekitar jam 11.18 pagi tadi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota Bomba dan Penyelamat dari Shah Alam dengan sebuah jentera pemadam telah bergegas ke lokasi kejadian yang berlaku di Bulatan UiTM Seksyen 1 di sini.

“Insiden itu tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerja-kerja mengalihkan pokok telah dilaksanakan oleh pihak bomba di lokasi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here