YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika di Parlimen di Kuala Lumpur pada 14 October 2024. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Indikator ekonomi Malaysia yang menunjukkan prestasi memberangsangkan kebelakangan ini hanya mampu dimaknai sekiranya ia diterjemah dalam kehidupan rakyat terbanyak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meminta meminta Ketua Setiausaha Negara memastikan tindakan segera diambil oleh kementerian dan agensi berkaitan setelah sesuatu keputusan dicapai.

“Saya turut mengulangi gesaan menuntut perkhidmatan awam menekankan aspek kepantasan, ketelusan dan penjimatan bagi meningkatkan tatakelola dan mutu penyampaian perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan media sosialnya.

Semalam, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bil.2/2024 di Putrajaya.

Mesyuarat berkenaan adalah platform untuk kerajaan menekuni permasalahan kos sara hidup serta berbincang mengenai kaedah terbaik dalam meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan memastikan semua dasar dan inisiatif yang direncana akan mengutamakan agenda kebajikan rakyat bagi memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada menikmati pembangunan dan kemakmuran negara,” ujar Anwar lagi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here