Pintu masuk Universiti Malaya ditenggelami air ekoran hujan lebat di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat yang mula turun sekitar jam 8.30 pagi dan berterusan telah menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air ekoran limpahan sungai- sungai utama iaitu Sungai Batu, Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Kawasan-yang terjejas adalah seperti berikut :
1. Jalan Pantai Baharu
2. Jalan Parlimen (Bulatan Dato’ Onn) dan Jalan Kinabalu
3. Jalan Maharajalela
4. Jalan Travers
5. Jalan Damansara (Bawah jejambat Semantan)
6. Jalan Ledang
7. Jalan Segambut
8. Jalan Genting Klang (berhadapan Shell)
9. Jalan Genting Klang (berhadapan UTAR)
10.Jalan Sultan Azlan Shah
11.Jalan Sultan (Petaling Street)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkata, kejadian tersebut berpunca daripada taburan hujan yang sangat tinggi iaitu melebihi 60 mm per jam di mana bacaan hujan di stesen hujan pusat bandar adalah melebihi 114 mm per jam. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here