Treler yang mengalami masalah brek hilang kawalan lalu merempuh lapan kenderaan dalam kesesakan jalan di NKVE 14 Oktober 2024.- Gambar ihsan IPD Petaling Jaya.

PETALING JAYA – Lapan kenderaan yang sedang bergerak perlahan dalam kesesakan jalan raya melalui detik cemas selepas dirempuh sebuah treler dalam nahas jalan raya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail berkata, pihaknya menerima satu laporan berkaitan kemalangan yang berlaku di Kilometer 18.5 Lebuhraya Lembah Klang Utara kira=kira pukul 6 petang.

Bertindak atas laporan itu sepasukan anggota telah digerakkan ke lokasi nahas untuk tindakan lanjut.

“Pegawai penyiasat yang tiba di lokasi dan siasatan mendapati kemalangan berlaku pukul 2.10 petang membabitkan sebuah treler dan lapan kenderaan lain.

“Semasa sebuah treler yang melalui  kawasan menuruni bukit telah mengalami masalah brek lalu lalu tidak dapat mengawal kenderaannya sebelum terlanggar lapan buah kenderaan lain yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya,” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Tambah Shahrulnizam, rentetan daripada kejadian itu, polis membuka satu kertas siasatan telah di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan lanjut di lokasi mendapati kemalangan juga telah mengakibatkan kerosakan pada kenderaan terlibat.

“Bagaimanapun semua pemandu kenderaan bernasib baik kerana terselamat tanpa sebarang kecederaan dialami oleh kesemua yang terlibat,” katanya.

Polis meminta sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian agar tampil segera ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Sivam Muniandy di talian 017- 3290749.

Terdahulu, sebuah rakam klip video papan pemuka kenderaan berdurasi 45 saat tular di media sosial memaparkan sebuah treler yang mengalami masalah brek laju merempuh beberapa kenderaan yang sedang bergerak perlahan dalam kesesakan jalan.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here