Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berdepan detik cemas selepas tangan kanannya tersepit dalam sebuah mesin permainan di sebuah kedai runcit di Kampung Pantai Remis, Manjung, dekat sini, petang tadi. Foto Ihsan JBPM Perak

LUMUT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berdepan detik cemas selepas tangan kanannya tersepit dalam mesin permainan di sebuah kedai runcit di Kampung Pantai Remis, Manjung dekat sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.47 petang.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan tersebut sepasukan sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya, di lokasi kejadian didapati seorang kanak-kanak perempuan telah tersepit tangan di dalam mesin permainan (egg twisting machine).

“Tindakan ketua operasi mengarahkan anggota memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap dan mengeluarkan tangan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, tangan mangsa dapat dikeluarkan dengan selamat dan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di jari.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Azman Harun tamat sepenuhnya jam 7.13 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast