KUALA LUMPUR – Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Datuk Hairul Yaacob dan Dr Mastura Abdul Karim turut dilantik sebagai ALP Matrade, kata pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Tahniah diucapkan kepada Datin Nooryana Najwa atas lantikan sebagai ALP Matrade. Terima kasih kepada semua Ahli Lembaga Pengarah yang hadir,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Matrade 2024.

Jelasnya, mesyuarat tersebut bertujuan untuk melihat hala tuju dan perancangan semasa yang akan dilaksanakan oleh Matrade bagi tahun ini.

“Semoga segala perancangan yang dijadualkan untuk Matrade tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memanfaatkan syarikat-syarikat tempatan,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.