Azam Baki

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Menteri Besar Selangor Pemerbadaan (MBI) direman sekali lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, perintah reman ke atas lelaki berusia 45 tahun itu dikenakan selama tujuh hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.

“Pagi ini kita mendapat satu lagi permohonan reman terhadap seorang bekas COO MBI, yang sebelum ini penah ditangkap dan dikenakan reman sehari sahaja.

“Pada hari ini, dia ditangkap SPRM atas isu lain dan permohonan reman diperoleh oleh Mahkamah Majistret selama tujuh hari reman,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Persidangan Meja Buat Ketua Pesuruhjaya SPRM bersama bank-bank komersial di ibu negara hari ini.

Tambah Azam, setakat ini seramai 18 individu telah dipanggil bagi mengambil keterangan dan pihaknya akan memangil ramai lagi saksi untuk membantu siasatan kes terbabit.

“Tidak silap saya kira-kira 18 orang sudah dipanggil oleh pegawai SPRM untuk diambil keteranan, kita akan memanggil ramai lagi saksi.

“Kebanyakan daripada mereka adalah yang pernah bekerja dengan MBI dan juga daripada sektor swasta,” jelasnya.

Sebelum ini, SPRM telah menahan dua individu termasuk seorang bekas eksekutif kanan MBI untuk siasatan kes rasuah konsesi perlombongan pasir.

Azam melaporkan, tangkapan ke atas kedua-dua suspek pada Khamis dibuat bagi membantu siasatan dibawah  Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

“Seorang daripada mereka telah direman lima hari sehingga Selasa, manakala seorang lagi dibebaskan atas perintah mahkamah kerana masalah kesihatan.

“SPRM turut menyita kira-kira 15 akaun bank milik individu dan syarikat untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sebelum itu, sumber memberitahu, selain bekas eksekutif kanan MBI, seorang lagi ialah ahli perniagaan.

Kedua-dua suspek didakwa ada kaitan dengan seorang pemimpin pembangkang terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here