TEHRAN – Hezbollah menyiarkan rakaman yang menerangkan butiran peluru berpandu baharu yang digunakannya, termasuk “Qader 2” dan “Nasr 1”.
Gerakan itu memaklumkan peluru berpandu “Qader 2” telah digunakan untuk membedil Tel Aviv, adalah peluru berpandu balistik ketepatan titik permukaan ke permukaan.
Menurut video itu, peluru berpandu “Qader 2” direka oleh pejuang Hezbollah dan mempunyai keupayaan menyasarkan kedudukan penting dengan tepat.
Hezbollah menambah, peluru berpandu “Qader 2” mempunyai tahap kuasa pemusnah yang tinggi.
Katanya, peluru berpandu “Qader 2” mempunyai jarak 250 kilometer, berat kepala peledak 405 kilogram, dan berkaliber 620 milimeter.
Hezbollah berkata, peluru berpandu “Qader 2” digunakan buat kali pertama pada 4 Oktober 2024.
Dalam video lain, Hezbollah mengumumkan pembangunan peluru berpandu “Nasr 1”, yang direka untuk menyasarkan infrastruktur kritikal dengan ketepatan tinggi.
Hezbollah mendedahkan “Nasr-1” mempunyai jarak 100 kilometer, berat kepala peledak 100 kilogram, dan kaliber 302 milimeter.
Peluru berpandu itu mempunyai kebolehgerakan yang tinggi untuk mengelak sistem pertahanan udara
Ia telah digunakan secara rasmi pada 14 Oktober 2024. – Agensi