Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap kerajaan akan memperkenalkan semula cukai jualan ke atas rokok dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kadeer, cukai tersebut tidak dikenakan selama enam tahun.

Jelas beliau, kenaikan harga rokok melalui cukai lebih tinggi terbukti berkesan dalam mengurangkan bilangan perokok di negara-negara lain, tanpa mengira tahap pendapatan.

“Langkah ini bukan sahaja menggalakkan perokok untuk berhenti tetapi juga menghalang individu daripada mula merokok serta mengurangkan penggunaan dalam kalangan perokok sedia ada.

“Berdasarkan tinjauan kita, perokok membelanjakan kira-kira RM500 sebulan untuk rokok sedangkan jumlah itu jauh lebih besar daripada keperluan makanan sihat.

“Ketiadaan cukai jualan sejak 2018 telah menjadi kekecewaan besar dan kita berharap Perdan Menteri merangkap Menteri Kewangan akan mengambil tindakan tegas untuk memperkenalkannya semula,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, CAP berharap Belanjawan 2025 akan menekankan kepentingan kesihatan awam dengan mengenakan cukai jualan mandatori ke atas rokok demi kesejahteraan masyarakat. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here