Kumar menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas media, Izz Laily Hussein dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Oktober 2024 di Dataran Kawad IPK Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis melepaskan tiga das tembakan sebelum menahan seorang pemuda dan merampas 0.296 kilogram dadah dalam serbuan di hadapan sebuah apartment di Jalan Dato Abdullah Tahir di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, tembakan dilepaskan ke arah tayar kereta bagi menghalang suspek, 27, iaitu seorang lelaki tempatan daripada melarikan diri dengan kereta jenis Honda Accord.

Beliau berkata, sebelum itu Unit Kereta Peronda (MPV) polis yang sedang melakukan rondaan mengesan kereta dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan di kawasan parkir.

“MPV polis berkenaan menghampiri kereta suspek dan mengarahkannya berhenti. Namun apabila nampak MPV polis mengampiri keretanya, suspek melarikan diri dengan memecut keretanya.

“Selepas antara 5 minit mengejar, kereta suspek berhenti di sebuah kawasan parkir tersebut. Pihak polis ingat dia tidak lagi melarikan diri sebelum cuba menahannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Oktober 2024 di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Katanya, apabila melihat polis menghampiri suspek sekali lagi bertindak melarikan diri dan memandu melawan arus sebelum melanggar tiga buah kenderaan.

Menurutnya, melihat keadaan itu pihak polis melepaskan tiga das tembakan bertujuan menghalang suspek daripada terus melarikan diri.

“Suspek kemudian ditahan, suspek tidak cedera. Namun, tiga kereta yang dilanggar suspek rosak teruk dan kita minta mereka yang terbabit membuat laporan polis.

“Siasatan dalam kereta menemukan 296 gram dadah jenis heroin. Ujian air kencing terhadap suspek mendapatinya positif dadah jenis methamphetamin selain mempunyai 16 rekod jenayah dan dadah,” ujarnya.

Kumar memberitahu, Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah.

Tambahnya, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan dan Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah.

Sementara itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.

Penolong pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Johor Bahru, Chai Ing Hien membenarkan tempoh tahanan reman selama seminggu bermula hari ini.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here