V. Sivakumar

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan inklusif selain mempamerkan komitmen memperkasakan pertumbuhan ekonomi, sosial negara.

Peruntukan berjumlah RM422 bilion berbanding RM393.8 bilion pada 2024 membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memelihara kepentingan dan keperluan rakyat.

Bekas Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, daripada segi perbelanjaan operasi, RM336 bilion diperuntukkan untuk 2025, meningkat daripada RM303.8 bilion pada 2024.

Namun perbelanjaan pembangunan berkurang kepada RM86 bilion, berbanding RM90 bilion tahun sebelumnya.

“Seperti tahun sebelum ini, tiga Kementerian yang kekal konsisten menerima peruntukkan tertinggi ialah Pendidikan; RM64.1 bilion, Kesihatan; RM45.3 bilion dan Pertahanan; RM21.2 bilion.

“Ini menunjukkan tumpuan kerajaan dalam memperkukuhkan perkhidmatan penting seperti pendidikan dan kesihatan sambil memastikan pertahanan negara terus diberi peruntukan yang mencukupi.

“Pelaburan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan negara yang semakin berkembang dan menyesuaikan diri dengan cabaran persekitaran global yang dinamik,” katanya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here