Badrul Hisham Shaharin atau Chegunbard.

KUALA LUMPUR – Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin telah mengemukakan representasi bagi menggugurkan tuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang berniat merosakkan nama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim awal tahun lalu.

Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan perkara itu ketika sebutan kes di Mahkamah Sesyen hari ini di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Perkara itu turut disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah dan telah menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak lawan.

Siti Aminah kemudian menetapkan 6 Januari depan bagi sebutan kes tersebut.

Sebelum ini, mahkamah sudah menetapkan 26 dan 27 November ini untuk perbicaraan kes berkenaan.

Badrul Hisham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Agong pada Julai tahun ini.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara pada 6 petang 22 Januari lepas mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here