Thursday, August 27, 2026
Home Tag Saman fitnah

Tag: saman fitnah

Dikaitkan dengan GISB: Dr. Maza dapat ganti rugi RM250,000

Rihaida memerintahkan Mohd Nawawi membayar ganti rugi RM250,000 secara global dan membayar faedah ke atas jumlah ganti rugi itu pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.

Rosmah saman fitnah Harith Iskander dakwa dihina secara fizikal

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Rosmah selaku plaintif mendakwa ketika persembahan itu, defendan memaparkan imej makhluk mitologi seram seperti toyol, pontianak dan pocong sebelum memaparkan gambarnya (Rosmah) sebagai sebahagian daripada naratif jenaka yang disampaikan.

Papagomo diperintah bayar ganti rugi RM280,000 fitnah Guan Eng dan anaknya

Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan pempengaruh Papagomo membayar ganti rugi berjumlah RM280,000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anaknya kerana memfitnah mereka dalam laman Facebook, enam tahun lalu.

Saman fitnah: Mahkamah perintah Aliff Syukri bayar RM250,000 kepada Abdul Kadir

Kes berkenaan tertumpu kepada kenyataan yang didakwa berunsur fitnah apabila Aliff yang nama sebenarnya Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menuduh Abdul Kadir mempunyai tunggakan pelaburan mencecah jutaan ringgit.

Saman fitnah bukan bertujuan musnah karier politik Najib – Dzulkefly

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa keputusannya memfailkan samam fitnah RM5 juta terhadap Datuk Seri Najib Razak bukan didorong keinginan untuk memusnahkan kerjaya politik bekas perdana menteri itu.

Pelantikan anak perempuan saya tiada kena dengan isu nepotisme – Dzulkefly

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, pelantikan anak perempuan sulung Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad sebagai pengarah bukan eksekutif dalam sebuah syarikat swasta berkaitan teknologi maklumat (IT), tiada kena dengan isu kronisme atau nepotisme.

Fitnah Makan Diri: Ustaz Fauzan, Papagomo Akui Kesilapan Fitnah Fahmi Fadzil...

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (kanan) memeluk pengendali Facebook, Mohd Fauzan Madzlan selepas perbicaraan kes fitnah diselesaikan secara baik ketika di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MALAYSIAGAZETTE, 06 APRIL 2026.

Papagomo Akui Silap, Fitnah Terhadap Fahmi Fadzil Tidak Sepatutnya Berlaku

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menarik balik tuntutan saman fitnah terhadap Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris selepas kedua-dua pihak mencapai penyelesaian secara damai di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Papagomo akui silap, fitnah terhadap Fahmi tak sepatutnya berlaku

Penyelesaian dicapai selepas Papagomo bersetuju ucapan Menteri Komunikasi di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada 30 Julai 2023 bukan kempen politik.

Fauzan Akui Ucapan Fahmi Dalam Masjid Bukan Berbau Politik, Nyatakan Kekesalan

Persetujuan tersebut disepakati selepas pengendalo Facebook tersebut bersetuju bahawa Fahmi tidak menyampaikan ceramah politik di dalam Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, pada 2023.