KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menarik balik tuntutan saman fitnah tanpa kos terhadap Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris selepas kedua-dua pihak mencapai penyelesaian secara damai di Mahkamah Tinggi hari ini.
Peguam kepada Fahmi, Asheeq Ali Sethi Alivi berkata, penyelesaian dicapai selepas Papagomo bersetuju ucapan Menteri Komunikasi di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada 30 Julai 2023 bukan kempen politik.
Katanya, Papagomo membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan penjelasan lanjut dan kenyataan dari pihak berkuasa dari surat khabar.
Tambah beliau, terdahulu kenyataan penyelesaian itu dibacakan oleh peguam Papagomo, Logan Iskandar di hadapan Hakim, Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.

“Sebarang isu yang telah timbul adalah satu salah faham yang tidak sepatutnya berbangkit dari awal. Pihak-pihak bersetuju tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan selain daripada apa yang dipersetujui dalam kenyataan ini,” katanya ketika sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Penyelesaian dicapai selepas Papagomo bersetuju ucapan Menteri Komunikasi di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada 30 Julai 2023 bukan kempen politik.
Sehubungan itu perbicaraan akan bermula esok.
Sementara itu, Fahmi menyifatkan penyelesaian antara dirinya dengan dua antara tiga defendan pada hari ini sebagai membersihkan namanya yang terpalit dengan fitnah sebelum ini.
“Tuduhan yang dibuat sebelum ini memang tidak wajar dilakukan kerana ia berbentuk fitnah,” jelasnya sambil memberi penghargaan kepada pasukan guaman yang mewakilinya.
Terdahulu, Fahmi memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap tiga individu iaitu pengendali dan pemilik akaun Facebook ‘N13 Kuang’ iaitu Mohd Fauzan Madzlan, Papagomo dan Ahmad Duzuki Abd Rani susulan hantaran di media sosial berhubung ucapannya di masjid tersebut.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Pemfitnah kesal, akui Fahmi tak berucap politik dalam masjid















