Tangkap layar dari video tular di media sosial perbuatan seorang lelaki disyaki mengorek wang dari rak tabung air mineral RM1 yang diletakkan di ruang solat luar di sebuah masjid di Ayer Keroh hari ini.

MELAKA – Tular di media sosial perbuatan seorang lelaki dipercayai mengorek wang dari rak tabung air mineral RM1 yang diletakkan di ruang solat luar sebuah masjid di Ayer Keroh di sini hari ini.

Berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit 25 saat bertarikh hari ini pukul 7.35 pagi, kelihatan lelaki berkenaan mundar-mandir di kawasan ruang solat luar dewan sebelum menghampiri tabung duit di rak air.

Individu bertubuh gempal itu kemudian dilihat seperti mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya sebelum melakukan sesuatu dipercayai mengorek pada bahagian atas tabung berkenaan.

Selepas kira-kira 20 saat perbuatannya itu, lelaki terbabit memasukkan sesuatu ke dalam poket seluarnya sebelum meninjau keadaan sekeliling seolah-olah memastikan perbuatannya tidak disedari individu lain.

Dia kemudiannya beredar dari kawasan berkenaan tanpa membawa sebarang botol mineral dari rak berkenaan.

Bagaimanapun CCTV yang tular itu tidak dapat dipastikan apakah objek yang digunakan lelaki berkenaan serta sama ada berlaku kehilangan wang atau kerosakan pada tabung terbabit.

MalaysiaGazette sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak polis selepas difahamkan pihak masjid ada membuat laporan polis berkaitan kes terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here