Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan beg dokumen berisi teks ucapan Pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI ketika hadir ke Dewan Rakyat Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 18 OKTOBER 2024.

KUALA LUMPUR- Kerajaan terus komited untuk mengurangkan kadar defisit secara konsisten daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 3.8 peratus tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisit.

Sehubungan itu katanta, langkah-langkah tegas dan berperingkat diambil untuk mengurangkan kadar defisit secara konsisten.

“Kerajaan MADANI mewarisi bebanan hutang yang menggunung. Paras hutang tahun lalu adalah pada 1.2 trilion atau lebih 64 peratus KDNK.

“Jika termasuk liabiliti, paras hutang telah mencecah 1.5 trilion ringgit atau 80 peratus KDNK.

“Bagi setiap seringgit pungutan cukai, 16 sen perlu dibelanja hanya untuk membayar faedah hutang; dan ini tidak termasuk hutang pokok.

“Atau dengan erti kata lain, jumlah hutang baharu yang kian menurun daripada sekitar 100 bilion ringgit (2022); kepada lebih 90 bilion ringgit (2023); seterusnya dianggar 85 bilion ringgit (2024); dan unjuran 80 bilion ringgit (2025),” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan berazam untuk mengurangkan kadar defisit dan pinjaman baharu secara berperingkat untuk membolehkan negara mencapai sasaran jangka sederhana FRA iaitu defisit fiskal pada kadar tiga peratus manakala paras hutang di bawah 60 peratus berbanding KDNK. -MalaysiaGazette

 

 

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here