Menara Merdeka 118 bersama bangunan pencakar langit yang lain ketika tinjauan sempena Belanjawan 2025 sektor ekonomi di Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL. 18 OKTOBER 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mewarisi bebanan hutang yang menggunung dengan paras hutang tahun lalu adalah RM1.2 trilion atau lebih 64 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika termasuk liabiliti paras hutang telah mencecah RM1.5 trilion atau 80 peratus KDNK.

Bagaimanapun Anwar dalam ucapan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat berkata, hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisit.

Katanya, langkah tegas dan berperingkat telah diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten iaitu daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 5 peratus (2023).

Seterusnya kadar defisit terus berkurangan dengan anggaran 4.3 peratus pada 2024) dan unjuran 3.8 peratus (2025).

Dengan strategi itu jumlah hutang baharu kian menurun daripada kira-kira RM100 bilion kepada lebih RM90 bilion (2023) seterusnya dianggar RM85 bilion (2024) dan unjuran RM80 bilion (2025).

“Dan lebih bermakna lagi apabila dapat dikurangkan kadar defisit dan pinjaman baharu secara berperingkat setiap tahun membolehkan kita mencapai sasaran jangka sederhana FRA iaitu defisit fiskal pada kadar 3 peratus dan paras hutang di bawah 60 peratus KDNK,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here