Stesen Pengecas Pantas Kenderaan Elektrik (EV) Modular Mudah-Alih Gentari Sdn Bhd (Gentari) dan EV Connection Sdn Bhd (EVC) ketika tinjauan sempena Belanjawan 2025 sektor pengangkutan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Behrang Arah Utara, di Lebuhraya PLUS, Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 OKTOBER 2024

KUALA LUMPUR- Insentif motosikal elektrik pemasangan tempatan (CKD) sehingga RM2,400 akan diteruskan dengan peruntukan RM10 juta bagi menggalakkan penggunaan kenderaan tersebut.

Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan kerangka insentif cukai kenderaan elektrik (EV) telah distruktur supaya selari dengan hasrat untuk menggalakkan peralihan kepada EV pemasangan tempatan.

“Pada masa ini, syarikat PERODUA sedang merancang untuk mengeluarkan EV berharga di bawah RM100,000 bagi memenuhi permintaan rakyat,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu katanya, bagi menyokong ekonomi kitaran, kerajaan juga bercadang untuk memperluas skop pelepasan cukai bagi pembelian pengecas kenderaan elektrik meliputi mesin kompos sisa makanan untuk kegunaan isi rumah sehingga tahun taksiran.

Kerajaan juga mengusulkan supaya potongan cukai diberikan ke atas sumbangan atau penajaan Smart Artificial Intelligence – Driven Reverse Vending Machine dilanjutkan sehingga 31 Disember 2026.

Selain itu, Cukai Karbon ke atas industri besi dan keluli serta tenaga di Malaysia akan diperkenalkan menjelang tahun 2026.

“Cukai ini bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi rendah Hasil daripada cukai ini akan dimanfaat untuk membiayai program penyelidikan dan teknologi hijau,” katanya. -MalaysiaGazette

 

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here