Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan segala aset bernilai jutaan ringgit dalam siasatan kes Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) yang berkaitan rasuah konsesi perlombongan pasir.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini belum ada tangkapan baharu dibuat dalam kes tersebut.

“Setakat ini seorang individu telah ditahan semula dan direman tujuh hari sementara kes itu masih dalam siasatan ini.

“Pegawai penyiasat kami masih mensiasat untuk mengesan tentang saham yang disyaki diterima secara rasuah yang disimpan di beberapa syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola di antara SPRM dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)
di Menara Perkeso di Jalan Ampang hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Mengulas lanjut, Azam menambah, SPRM memerlukan sedikit masa berikutan terdapat 20 projek yang sedang disiasat ketika ini.

“Mungkin dalam masa terdekat, tiga hingga empat hari kita akan kemas kini berkaitan kes ini.

“Saya boleh sahkan ada tindakan aset yang dibeku, dianggar bernilai jutaan ringgit,” ujarnya.

Sebelum ini, Azam dilaporkan berkata siasatan SPRM berhubung kes ini turut melibatkan seorang ahli politik berpengaruh di Selangor.

SPRM juga telah menggeledah enam premis iaitu sebuah kediaman dan lima unit pejabat di sekitar Lembah Klang berhubung siasatan skandal rasuah perlombongan pasir.

Beberapa kertas siasatan dibuka mengikut Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here