Gambar hiasan

SERDANG – Seorang pengurus medan selera melalui detik cemas apabila diacukan pistol dan menerima ugutan jenayah gara-gara menegur pelanggan supaya tidak merokok di dalam kawasan premis tersebut.

Bagaimanapun, polis berjaya membuat tangkapan ke atas suspek yang terlibat dalam perbuatan jenayah tersebut.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A.A Anbalagan Arumugam berkata, kes berkenaan telah tular di media sosial satu rakaman video seorang lelaki menunjukkan objek menyerupai pistol dalam satu insiden pertengkaran di sebuah medan selera berdurasi selama 26 saat.

Semalam, polis telah menerima satu laporan polis daripada pengadu mengenai insiden tersebut.

“Pengadu menyatakan dalam kejadian pada 13 Oktober lalu jam lebih kurang 10 malam semasa mangsa berada di sebuah medan selera di Puchong telah menegur seorang lelaki bangsa tidak pasti supaya tidak merokok dalam kawasan tersebut.

“Kemudiam telah berlaku salah faham antara pengadu dengan lelaki tersebut sebelum secara tiba-tiba lelaki itu mengacu sesuatu objek menyerupai pistol ke arah perut pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, lelaki itu terus beredar dari lokasi kejadian tersebut.

Katanya, pengadu yang juga pengurus medan selera itu membuat laporan polis untuk keselamatan diri dan keluarga.

Bertindak atas maklumat, polis berjaya membuat tangkapan ke atas dua lelaki tempatan dan seorang wanita pemegang kad pemastautin tetap.

Semakan polis mendapati salah seorang suspek mempunyai satu rekod lampau kesalahan jenayah narkotik.

Polis juga merampas objek menyerupai sepucuk pistol berwarna hitam bersama satu kelopak dan dua butir peluru ( bebola putih), ujarnya.

Menurutnya, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Lelaki itu turut disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM 5,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Anbalagan meminta orang ramai yang mempunyai sebagai maklumat berhubung kejadian ini boleh terus hadir ke mana mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Serdang untuk membantu siasatan kes. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here