Lebuh raya Pan Borneo

KUALA LUMPUR – Sabah dan Sarawak mendapat peruntukan pembangunan tertinggi antara negeri iaitu masing-masing RM6.7 bilion dan RM5.9 billion.

Perdana Menteri berkata, pemberian khas Sarawak tidak pernah dikaji sejak 1969 dan kerajaan bercadang menaikkan kadar pemberian khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada RM 300 juta.

Pada tahun ini, kerajaan telah menaikkannya kepada RM300 juta ketimbang RM16 juta (Sarawak) dan RM125.6 juta (Sabah).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 17 pakej kerja Pan Borneo Sabah Fasa 1B telah dikeluarkan SST dengan nilai kontrak RM7 bilion meliputi jajaran Kota Belud ke Kudat; Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke Ranau.

Sementara, Pan Borneo Sarawak dijangka siap November 2024.

Secara keseluruhan, Projek Pan Borneo Sarawak dan Sabah telah menelan belanja sebanyak RM25.1 bilion

Kerajaan telah memuktamad empat pakej kerja Sabah Sarawak Link-Road (SSLR) Fasa 2 bernilai RM7.4 billion.

Dua pakej sudah dianugerahkan, manakala baki pakej sebelum hujung tahun.

Kerajaan juga bersetuju melaksanakan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Tawau, Sabah dan Lapangan Terbang Miri, Sarawak dengan kos RM253 juta.

Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan RM1 billion. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here