Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya pegawai penyelia diseru agar lebih peka dan prihatin terhadap sebarang perubahan tingkah laku dan psikologi yang dialami oleh pegawai masing-masing.

Ketua Polis Negara Tan Sri Nazarudin Husain berkata, kesihatan mental amat subjektif, luas dan merangkumi pelbagai aspek yang boleh membabitkan sesiapa sahaja.

Katanya, kenyataan prejudis bahawa hanya yang ‘sakit mental’ sahaja perlu berjumpa kaunselor, harus dikikis.

“Realitinya, pengurusan kaunseling yang berkesan mampu membantu seseorang pegawai daripada terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga dan hubungan interpersonal.

“Di samping itu juga, ia dapat membantu pegawai meningkatkan pembangunan diri mereka bagi mencapai tahap kefungsian psikologi yang tinggi, seterusnya penghasilan kerja yang produktif dan berkualiti.

“Sehubungan itu, perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh pasukan harus dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perhimpunan Bulanan KPN Bulan Oktober 2024 di Bukit Aman hari ini.

Beliau pada masa sama memaklumkan kerjaya sebagai seorang pegawai polis merupakan antara kerjaya yang sangat mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal, mental dan emosi. -MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here