GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa Israel menghalang kemasukan pakar perubatan ke Gaza sehingga menyebabkan klinik-klinik di kawasan terkepung itu terjejas.

Menurut agensi berita Jerman DPA, lebih 50 pakar dari lapan organisasi tidak dibenarkan masuk sejak Ogos lalu.

Katanya, pakar-pakar yang bertugas memberi rawatan perubatan serta sokongan psikologi kepada pesakit dan petugas kesihatan di fasiliti seperti Hospital Gaza, Eropah dqan Hospital Nasser juga telah dihalang daripada memasuki kawasan berkenaan.

“Dua organisasi perubatan, Glia dan Persatuan Perubatan Palestin Amerika dihalang kemasukannya oleh pihak berkuasa Israel.

“Ini merupakan kali pertama keseluruhan organisasi bantuan perubatan disekat daripada memasuki Gaza dan tindakan ini semakin memburukkan keadaan kesihatan di Gaza, yang telah mengalami kerosakan sistem kesihatan akibat serangan berterusan,” ujarnya.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh panel pakar disokong PBB menuduh Israel menyeksa tahanan Palestin dan mendakwa tindakan tersebut boleh dikategorikan sebagai jenayah perang.

Bekas Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Navi Pillay berkata, ribuan kanak-kanak dan dewasa di Gaza telah didera secara fizikal dan piskologi.

Bagaimanapun, Israel menolak dakwaan itu kerana menganggap ia cubaan menafikan hak negara mereka dalam mempertahankan keselamatan penduduknya. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here