Hannah Yeoh hadir pada Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia (ILKBS) dan Sukan Kali Ke-19 Tahun 2024 di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencatat 95.92 peratus  pada tahun 2023.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata,  purata pendapatan pula adalah sebanvak RM2,019 sekali gus membuktikan graduan kementerian berdaya saing dan kekal relevan dengan keperluan industri di negara ini.

“Kepada ibu bapa rebutlah peluang dalam TVET ini dan galakkan anak-anak untuk segera menimba pengalaman dan pendidikan.

“Pada masa yang sama, kemahiran TVET yang ditawarkan mampu membantu anak-anak muda kita menjana pendapatan dengan cepat kerana ianya amat diperlukan dalam pasaran pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia (ILKBS) dan Sukan Kali Ke-19 Tahun 2024 di sini hari ini.

Hannah Yeoh hadir pada Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia (ILKBS) dan Sukan Kali Ke-19 Tahun 2024 di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 4,320 orang graduan yang diraikan kerana berjaya menamatkan pengajian di ILKBS untuk peringkat persijilan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia, Sijil Lanjutan dan Sijil Kemahiran Malaysia.

Mengulas lanjut, Hannah memberitahu, KBS akan memperluaskan penyampaian TVET melalui bidang sukan pada tahun depan.

Sehingga kini kata beliau, ILKBS telah menawarkan tiaga  kursus TVET Sukan iaitu Kursus Terapi Sukan secara sepenuh masa.

“Turut ditawarkan Kursus Perkhidmatan Kedi Golf dan Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan yang dilaksanakan secara separuh masa.

“Kementerian ini juga akan menawarkan kursus baharu seperti Kursus Pembinaan dan Penyelenggaraan Fasiliti Sukan, Permotoran Sukan (empat roda dan dua roda) dan Fotografi Sukan setelah  mendapat pentauliahan daripada badan-badan pensijilan yang berkaitan menjelang tahun 2025,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here