Nuh Travel and Tours menjalinkan kerjasama strategik bersama Saudi Airlines (Saudia) dan Emirates Airlines bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah ziarah serta pelancongan yang lebih kompetitif sesuai untuk semua lapisan rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR – Nuh Travel and Tours menjalinkan kerjasama strategik bersama Saudi Airlines (Saudia) dan Emirates Airlines sebagai era baharu dalam pengalaman pelancongan dan umrah untuk umat Islam di Malaysia.

Ketua pegawai eksekutifnya, Abdul Halim Aliumar berkata, kolaborasi turut melibatkan Saudi Tourism Authority dan Dubai itu bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah ziarah serta pelancongan sesuai untuk semua lapisan rakyat di negara ini.

“Kami amat berbangga kerana Saudia, Saudi Tourism Authority, Emirates, dan Dubai Tourism telah memilih untuk menjadi rakan strategik kami.

“Kerjasama ini bukan sahaja akan meningkatkan mutu perkhidmatan kami, tetapi juga membolehkan kami memperkenalkan pakej-pakej pelancongan dan umrah yang lebih mampu milik, fleksibel dan sesuai dengan kehendak serta trend terkini rakyat Malaysia dalam usaha menetapkan piawaian baharu dalam industri pelancongan Muslim,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Halim menambah, kerjasama itu memberi pelanggannya peluang menikmati pengalaman menunaikan ibadah umrah dan
melawat Arab Saudi melalui pakej baharu dikenali Lawat Saudi 6 Kota.

“Pakej ini direka untuk memberikan jemaah umrah peluang melawat tempat-tempat bersejarah dan sirah di Arab Saudi.

“Di samping itu, kerjasama kami dengan Emirates dan Dubai Tourism membolehkan pelanggan menikmati pakej pelancongan ke serata Eropah dengan harga yang lebih kompetitif serta ziarah ke Kota Dubai bagi penerbangan Umrah Ziarah Dubai menawarkan mereka pengalaman yang memenuhi keperluan ibadah dan juga kehendak melancong bersama keluarga,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here