KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bakal meraikan seramai 2,775 graduan sempena Majlis Konvokesyen Ke-22 yang berlangsung selama tiga hari, bermula dari 20 hingga 22 Oktober 2024.

Daripada jumlah keseluruhan graduan, seramai 2,533 merupakan graduan peringkat
prasiswazah, manakala 242 adalah graduan pascasiswazah. Pecahan ini merangkumi 90
graduan PhD, 113 graduan Sarjana (Penyelidikan), dan 39 graduan Sarjana (Kerja Kursus).

Sebagai universiti yang komited terhadap pemerkasaan sosial, seramai 1,816 graduan yang diraikan itu daripada kategori B40.

Majlis ini juga menyaksikan 514 graduan cemerlang menerima pengiktirafan Kelas Pertama termasuk Anugerah Pelajaran Diraja yang diberikan kepada Nur Izzati Yusri dan Liam Jing Zhi, masing-masing bagi kategori bumiputera dan bukan bumiputera, sekaligus membawa pulang pingat Jaya Cemerlang Bersadur Emas, wang tunai berjumlah RM7,500 serta sijil penghargaan.

Dalam Majlis Konvokesyen ini, perisytiharan Pro-Canselor dibuat kepada Tan Sri Zuki Ali, mantan Ketua Setiausaha Negara dan sekarang Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Beliau merupakan anak jati Kampung Bukit Bayas, Kuala Terengganu.

UMT juga berjaya melahirkan 23 graduan sulung dari program Sarjana Muda
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Senibina Kapal) dengan kepujian yang merupakan bukti komitmen universiti dalam menawarkan program-program yang memenuhi permintaan sektor maritim, salah satu bidang yang sedang pesat berkembang di Malaysia dan global.

Majlis Konvokesyen Ke-22 turut memberikan tujuh anugerah istimewa kepada graduan yang menunjukkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Antaranya ialah Anugerah Pelajaran Diraja, Pingat Emas Canselor, Anugerah Pro-Canselor, Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Anugerah Naib Canselor, Anugerah Khas PTPTN, dan Anugerah Graduan Terbaik Diploma.en penting dalam kurikulum UMT yang berorientasikan industri.

Konvokesyen kali ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik di gerai karnival
konvokesyen, antaranya Pertandingan Bola Sepak Rakyat 9s (GASS), Pertandingan
Masakan Kampung, Pertandingan Dikir Barat, Pertandingan Wau, Akasia, Simfoni Malam,
dan banyak lagi acara yang telah disusun.

Komuniti setempat dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara yang akan
berlangsung di Tapak Pesta Konvokesyen UMT dari 18 hingga 22 Oktober ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here