Dua beradik berusia tiga dan empat tahun yang didakwa keluar rumah untuk mencari ibu bapanya sebelum ditemui penduduk di Taman Sri Krubong, Melaka malam tadi sudah dituntut keluarganya.

MELAKA – Dua beradik berusia tiga dan empat tahun yang didakwa keluar rumah untuk mencari ibu bapa mereka sebelum ditemui penduduk di Taman Seri Krubong, di sini sudah dituntut keluarganya, 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisoner Christopher Patit berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, si abang berusia empat tahun dan adik perempuannya, tiga tahun sedang dijaga di rumah mereka oleh kakaknya.

“Semasa kejadian, kedua ibu bapanya keluar bekerja di kilang manakala dua beradik itu dijaga kakaknya berumur 12 tahun di rumah mereka di Taman Sri Krubong, Krubong.

“Difahamkan, mereka sekeluarga baru berpindah ke situ dan ketika kejadian pintu rumah tidak berkunci,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun kanak-kanak itu kemudian dijumpai pengerusi taman berkenaan yang menghantarnya ke balai polis berhampiran untuk mengesan keluarganya.

“Kes bagaimanapun selesai selepas keluarganya menuntut dua beradik itu sejam selepas itu sekitar 11.30 malam tadi,” tambahnya lagi.

Terdahulu malam tadi tular pesanan suara dan gambar meminta orang ramai menyebarkan maklumat dua kanak-kanak berkenaan yang didakwa keluar rumah untuk mencari ibu bapanya.

Suara individu lelaki dalam kiriman WhatsApp itu mendakwa tidak mengenali kanak-kanak itu dan menghantarnya ke Balai Polis Tanjung Minyak sebagai langkah keselamatan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast